IKIMfm Umum Finalis Anugerah Carta IKIMfm

PUTRAJAYA, 4 Disember – Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) mengumumkan sepuluh (10) buah lagu yang layak memasuki pentas akhir bagi Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI2014) yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

DSC_5789Kemeriahan tersebut diumumkan dalam satu sidang media yang dihadiri oleh Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Turut hadir, Pengarah Pusat Media IKIM, Dr Nik Roskiman Abdul Samad.

Dalam majlis tersebut, Datuk Nik Mustapha berkata, penganjuran anugerah ini bagi mengiktiraf sumbangan penggiat nasyid dan lagu-lagu ketuhanan sama ada dari kalangan komposer, penyanyi mahu pun penulis lirik. Katanya lagi, IKIMfm sentiasa mengikuti perkembangan memartabatkan industri nasyid tanah air setiap waktu.

Anugerah Nasyid IKIMfm adalah penjenamaan semula terhadap Anugerah Carta Nasyid IKIMfm (ACNI) yang pernah diadakan pada tahun 2004 dan 2005.

Antara lagu yang terpilih ke peringkat akhir pada 10 Januari 2015 nanti ialah, Al-Haq…Yang Satu (Mawi feat Dato AC Mizal), Dalam Sujud Cintaku (Halim Ahmad), Iman & Aman (Inteam), Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun), Kasih Padamu (Hafiz Hamidun), Maafkan Aku (Nowseeheart), Rindu Ini  (Du’a feat Ustaz Amal, Alkauthar, Anas Tahir &Azfar), Seiring Sehaluan (UNIC), Tangis Sebatang Tamar (Daqmie), dan Ucaplah Alhamdulillah (Amirul Haswendy).

DSC_5782 (1)

 

Tiga kategori khas untuk pendengar diperkenalkan pada kali ini iaitu lagu pilihan pendengar, penyanyi solo pilihan pendengar dan penyanyi duo/berkumpulan pilihan pendengar. Untuk mengundi secara SMS, pendengar bolehlah melawati www.ikimfm.my untuk mengetahui tatacaranya bermula 8 Disember ini. Semua kutipan daripada SMS akan disumbangkan kepada pihak Badan Kebajikan yang akan dimaklumkan.

Kongsi Artikel ini :

1 Comment

  1. Ni JahDecember 17, 2014

    assalamualikum .. kenapa lagu don’y forget Allah (dan yang dinyanyikan orang yang sama) tak dipertandingkan TT^TT

Leave a Reply

Scroll to top