IKIMfm Terus di Hati Pendengar

KUALA LUMPUR, 23 November – IKIMfm terus konsisten dengan mencapai jumlah pendengar melebihi 1 juta berdasarkan keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Firma Pengukuran Pendengar Radio GfK bagi Wave 2/2018. Hasil kajian menunjukkan IKIMfm merupakan radio Islam yang paling lama didengari dan yang terbaik di Malaysia.

Segmen Warna Pagi yang dikendalikan oleh DJ Pyan dan Hadhari yang bersiaran dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan segmen Ekspresi yang bersiaran dari jam 8 malam hingga 12 malam adalah 2 segmen yang mendapat jumlah pendengar tertinggi.

Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh firma penyelidikan GfK mendapati jumlah masa mendengar radio IKIMfm meningkat daripada 5.52 minit kepada 5.53 minit. Keputusan kajian ini telah meletakkan IKIMfm sebagai radio ke-2 tertinggi dari jumlah tempoh waktu mendengar.

Menjelang tirai 2019, IKIMfm yang menggabungkan program yang bersifat ilmu di samping hiburan yang mendidik jiwa telah membuat beberapa penambahbaikan kepada pengisian program dan penjadualan segmen serta para penyampainya. IKIMfm akan terus mensasarkan untuk meningkatkan jumlah pendengarnya bagi mencapai misi dan visi IKIM untuk menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat. Kami akan sentiasa berusaha memastikan para pendengar setia IKIMfm berpuas hati dengan program-program sedia ada dan ditambah dengan kemunculan program-program baharu yang akan menjadikan IKIMfm terus unggul menjadi pilihan utama pendengar setianya.

IKIMfm turut mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang daripada kalangan pendakwah, ilmuan, motivator dan pakar-pakar yang menjadi tunjang utama pengisian program di IKIMfm. Tidak dilupakan kepada para pendengar setia IKIMfm. Teruskan bersama kami.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top