IKIMfm Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul 1435H

malam-kesenian-islam-ikimfm-web
KUALA LUMPUR – Sempena Maulidur Rasul 1435H yang akan berlangsung pada hari Selasa, 12 Rabiulawal bersamaan 14 Januari ini, IKIMfm tidak ketinggalan membangkitkan semangat Sambutan Maulidur Rasul 1435H dengan pelbagai rancangan dan program yang disusun khas bagi menarik pendengar setianya.
Dengan tema “SEMARAK CINTA RASUL”, IKIMfm mengambil peluang mengisi slot-slot menarik di IKIMfm dengan ‘Laporan Lintas Langsung Perarakan Maulidur Rasul 1435H’ dari Putrajaya yang akan dikendalikan oleh penerbit Ahmad Nazri Mohd Yusof.
Menurut Tuan Haji Mahathir Shaharuddin selaku Pengurus Rancangan Radio IKIMfm, pelbagai program dan rancangan yang akan mewarnai tema ‘Semarak Cinta Rasul’ pada tahun ini.
“IKIMfm akan membawakan ‘Laporan Khas Maulidur Rasul’ yang akan bersiaran pada jam 8 pagi di dalam Berita IKIMfm 8 pagi dan 6 petang. Sementara itu, rancangan khas mengisi segmen ‘Warna Pagi’ bersama DJ Suffian dan DJ Norhayati pada 9 pagi akan membawakan tokoh ulama yang akan mengisi ruang pada pagi tersebut,” katanya lagi.
Selain daripada itu, sempena KARNIVAL MUAMALAH ISLAM anjuran Kerajaan Negeri Melaka, YADIM dan TVALHIJRAH, selaku radio rasmi, IKIMfm akan membawakan siaran langsung “Malam Kesenian Islam IKIMfm” yang akan membariskan artis-artis nasyid tanah air iaitu Rabbani, Far East, Muaz Zulkifli, Jawi Nusantara Ecoustic Band & Art Onbeat Drum Circle dan dimeriahkan bersama Ustaz Zulramli Mohamad Razali.
Tidak ketinggalan ‘Malam Kesenian Islam IKIMfm’ akan dibawa secara langsung melalui siaran radio IKIMfm dan TVIKIM Online di www.tvikim.my  serta diacarakan oleh DJ Suffian dan DJ Syafiq.
Para pendengar dan orang ramai khususnya yang berada di negeri Melaka turut dijemput memeriahkan program yang akan berlangsung bermula jam 8 malam di Perkarangan Pusat Islam Melaka, bersebelahan Masjid Al-Azim, Melaka.
Antara para penyampai yang turut bersama-sama adalah Dj Fairuz Hj Noordin dan Dj Mohd Erwan Johari.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top