IKIMfm Menang Anugerah Media Kesihatan 2016

KUALA LUMPUR, 21 OktoberRadio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) telah memenangi Anugerah Media Kesihatan 2016 bagi kategori Program Radio Terbaik. Program berbentuk temubual yang diterbitkan oleh Puan Maslina Alias berjudul “Penyakit-penyakit Kardiovaskular” telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM2,500 dan sijil penghargaan.

Temubual tersebut disiarkan dalam segmen Warna Pagi kendalian Dj Suffian Amrin dan Dj Luqman Hakim bersama Professor Dr. Imran Zainal Abidin dari Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 April 2016. Hadiah telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, YB Dato Seri Dr. S. Subramaniam di salah sebuah hotel terkemuka di ibukota semalam. Untuk promo radio terbaik pula telah dimenangi oleh radio Best FM.

Sementara itu, Dato Seri S. Subramaniam dalam ucapannya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua media yang telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak Kementerian Kesihatan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa hasil didikan dan pendedahan kepada masyarakat, wabak Zika telah dapat berjaya dibendung dan kes terbaharu tidak lagi kedengaran sejak sebulan yang lalu.

anugerah-media-kesihatan-2016

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top