IKIMfm MAPIM jalin kerjasama bantu rakyat Syria, Gaza & Rohingya

KUALA LUMPUR, 17 FEB Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dan Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menjalin kerjasama untuk membantu umat Islam yang tertindas di Palestin, Syria dan Rohingya melalui program misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh MAPIM.

Dalam satu mesyuarat yang berlangsung di IKIM , Pengarah Pusat Media IKIM Dr. Nik Roskiman Abdul Samad berkata, kerjasama itu amat penting bagi kedua-dua pihak yang mahu melihat Umat Islam yang tertindas terus diberi perhatian dan bantuan.

20150217_165129

“Kita di IKIMfm sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana NGO kerana kita mempunyai matlamat yang sama iaitu mahu membantu saudara seagama yang berada di negara-negara yang bergolak itu”. Katanya.

MAPIM yang diwakili oleh Naib Presidennya, Tuan Haji Abdul Aziz Abu Bakar dan Zulhanis Zainol turut berkongsi situasi terkini yang berlaku di Gaza, Syria dan Rohingya.

Sementara itu Menurut Tuan Haji Abdul Aziz, melalui Misi “Selamatkan Palestin, Syria,Rohingya – Peduli Ummah”, MAPIM bersama-sama artis nasyid Kumpulan Hijjaz, Ali Terarosa, Yatt Hamzah dan Heliza Helmi akan ke Syria pada 25 Februari ini untuk misi Rescue Syria Mission.

Rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan dengan cara menyalurkan sumbangan derma anda kepada:

TABUNG GAZA : www.tabunggaza.com Maybank – Tabung Gaza MAPIM (558220601374)

TABUNG SYRIA : www.tabungsyria.com Maybank – Dana MAPIM (558220605312)

TABUNG ROHINGYA : www.tabungrohingya.com Al-Rajhi Bank – Rohingya Humanitarian Fund-MAPIM (15400-1880630441)

Kongsi Artikel ini :

2 Comments

  1. Ariff Badlishah AriffinNovember 27, 2016

    As salam
    Bolehkah saya dapatkan akaun maybank utk tabung Rohingya selain dari akaun bank Al-Rajhi.
    Sekian terima kasih.

  2. aminNovember 30, 2016

    saya pun nak akaun maybank utk rohingya kalau ada.

Leave a Reply

Scroll to top