IKIMfm Buat Liputan Sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia

minggu keharmonian antara penganut agama sedunia
KOTA KINABALU  – Selama tiga hari bermula 7 hingga  9 Februari yang lalu, IKIMfm menghantar wakilnya ke Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2014 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.
Penerbit Rancangan Radio, Syafiq Zulakifli selaku wakil IKIMfm ke Kota Kinabalu dibawa ke tempat-tempat ibadah seperti Gurdwara Sahib, Sembulam, Wei Sheng Koung Taoist Temple, Penampang, KK Tzer Ying Buddhist Temple, Church Of Mary Immaculate, Bukit Padang, dan Kuil Sri Pasupathinath Alayam, di Bukit Padang.
Selain daripada itu, sebagai kunjungan terakhir dan pusat ibadah umat Islam, rombongan dibawa ke Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup merasmikan Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2014 di situ.
Dalam pada itu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Bengkel Pengukuhan Integrasi Komuniti pada 9 Februari untuk meningkatkan lagi pemahaman agama antara pelbagai kaum di negara ini terutamanya peserta Jabatan Latihan Khidmat Negara di PLKN Wawasan Papar, Sabah.
Bengkel tersebut ditutup rasmi oleh Prof Datin Dr Azizan Bt Baharuddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.
Sepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah, pelbagai informasi yang diperoleh hasil berinteraksi dengan golongan bukan Islam. Wartawan IKIM dapat bersama-sama Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut-Penganut Agama (JKMPKA) melihat dengan lebih dekat berkenaan pemahaman sebenar kepentingan kerjasama dan toleransi pelbagai agama di Malaysia.
Antara ahli rombongan yang turut bersama adalah, Pn Enizahura Abdul Aziz dari Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Pn Sarina Othman, Encik Ayob Hassan, Encik Sharuzi Ismail dari Unit Program IKIM, Puan Zarita Hj Kasim dan Encik Mohd Noor Omar dari Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) dan Encik Fathulmungin dan Puan Suzana dari Unit Perhubungan Korporat IKIM.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top