IKIM Lancar 6 Karya Terbaharu

KUALA LUMPUR, 1 April – Berperanan dlam memupuk kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam selaras dengan gagasannya ‘Memahami Islam, Membina Peradaban’ Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada hari ini melancarkan enam karya baharu yang dihasilkan oleh para penyelidik IKIM.

Antaranya Daging Kultur : Sejarah, Konsep & Hukum Islam ; Filantropi Islam & Wakaf Korporat Di Malaysia; Al-Quran & Peradaban ; Harmony Between Science & Religion ; Islam & Pemuliharaan Biodiversiti ;  Islam, Pemuliharaan Hidupan Liar & Anda  (E-Buku terjemahan Bahasa Arab).

Sementara itu ketika berucap pada majlis pelancaran  buku-buku terbitan IKIM itu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 di ibu negara, Pengerusi IKIM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata  buku-buku baharu berkenaan memaparkan keluasan tinjauan dan tumpuan IKIM sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pendakwahan serta sebagai sumber rujukan kepada masyarakat umum.

Tema PBAKL 2019 pada tahun ini adalah #MalaysiaMembaca anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia  diadakan pada 29 Mac 2019  hingga 7 April 2019 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top