IKIM Anjur Seminar Biodiversiti dan Konservasi

Kuala Lumpur, 28 April – Biodiversiti merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam merencana pembangunan mapan sesebuah negara. Namun demikian, realiti semasa menyaksikan kelangsungan sumber biodiversiti kian merosot dari hari ke hari.

Justeru, aspek pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti secara mapan dan lestari perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak agar kelangsungannya terus dapat dipertahankan.

Oleh itu, pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan “Seminar Biodiversiti dan Konservasi: Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan” pada 28 hingga 30 April 2015, bertempat di Dewan Besar, IKIM.

Sepuluh kertas kerja akan dibentangkan berdasarkan lima tema: iaitu, Biodiversiti dan Konservasi: Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan: YBhb. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad (Universiti Kebangsaan Malaysia/Pengerusi-WWF-Malaysia), Kemerosotan Ekosistem Hutan: Punca dan Implikasi keatas Biodiversiti: YBhg. Dr. Abd Rahman Kassim,Ketua Program Geoinformasi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pendidikan dan Tahap Kesedaran Masyarakat: Isu dan Cabaran: Encik Mohamad Istajib Mokhtar, Universiti Malaya, Dilema Pengurusan dan Penguatkuasaan Undang-undang Pemuliharaan di Malaysia: Encik Abdul Kadir Abu Hashim, Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Sejauh Mana Keberkesanan Sistem Perundangan Sedia Ada dalam Pelestarian Sumber Biodiversiti: YBhg. Dr. Mohd. Zuhdi Marsuki Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya.

Seminar 2 hari itu dirasmikan oleh Pengerusi IKIM Tun Abdullah Ahmad Badawi. Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

11149662_1087227387960712_7952457371448726790_o

 

10999444_1087227391294045_3352783485235555095_o

Kongsi artikel ini di:

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Pengurus Program Radio. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 16 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my