Hubungan Arab-Israel Tikam Belakang Perjuangan Rakyat Palestin

GAZA, 29 November – Hamas menyifatkan usaha negara-negara Arab untuk memulihkan hubungan dengan Israel sebagai perbuatan tikam belakang terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Jurucakapnya, Abdel-Latif Al-Qanou berkata, langkah itu juga membelakangkan negara-negara yang membantah pendudukan haram rejim Zionis Israel di Palestin.

Beliau menegaskan, rejim Zionis Israel tetap dianggap sebagai musuh nombor satu rakyat Palestin dan negara-negara Arab.

Abdel-Latif mengulas tentang laporan media antarabangsa baru-baru ini berhubung ura-ura lawatan rasmi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Bahrain.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.