Hezbollah Masih Mahukan Hariri Sebagai PM Lubnan

BEIRUT, 9 Januari – Hezbollah memberi komitmen sepenuhnya kepada bakal Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, untuk membentuk kerajaan baharu.

Perkara itu dinyatakan oleh Hussein Khalil, penasihat politik utama kepada Pemimpin Hezbollah, Sayed Hassan Nasrallah.

Kenyataan beliau dibuat meskipun terdapat desakan daripada Hezbollah bagi mewakili enam anggota parlimen bebas Sunnah dalam kerajaan, satu cadangan yang ditolak oleh Hariri yang percaya bahawa kesemua anggota parlimen bebas itu tidak mempunyai merit untuk representasi kerana mereka tidak tergolong dalam satu blok parlimen.

Sementara itu, Sami Nader, pengarah Institut Levant bagi Hal Ehwal Strategik di Lubnan, memaklumkan Xinhua bahawa Hezbollah memerlukan Hariri sebagai perdana menteri dalam usaha melibatkan diri dengan barat.

Lubnan telah bergelut untuk membentuk kerajaan sejak Hariri dinamakan sebagai perdana menteri pada Mei 2018. 

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.