Harap penjawat awam tidak dibuang

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan tidak akan mengecilkan jabatan atau agensi dengan bertindak membuang penjawat awam sedia ada.

Menurut Presidennya, Datuk Azih Muda, pihaknya percaya kerajaan akan mengekalkan penjawat awam sedia ada kerana mereka adalah perhubungan kerajaan dengan rakyat.

Beliau menyatakan perkara itu ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar semalam bahawa kerajaan sedang mengkaji beberapa jabatan dan agensi yang mempunyai pertindihan fungsi selepas penyusunan dilakukan.

Ujar Datuk Azih lagi,  beliau berharap ke­naikan yang diumumkan kerajaan lalu itu tidak akan dibatalkan kerana ia me­rupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu penjawat awam.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top