Hakim Syarie Perlu Ikut SOP Perkahwinan Bawah Umur

KUALA LUMPUR,  20 September – Hakim mahkamah syariah yang mengendalikan atau menerima kes perkahwinan bawah umur diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diluluskan dalam Persidangan Hakim-Hakim Syarie dua bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata garis panduan bagi rujukan hakim syarie itu telah dikeluarkan selepas kes perkahwinan kanak-kanak berumur 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di Gua Musang, Kelantan pada Jun yang mengejutkan seluruh negara.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah 1440H Peringkat Wilayah Persekutuan di ibu Negara beliau turut berkata  antara prosedur yang ditetapkan ialah ibu bapa perlu mendaftarkan permohonan untuk mengahwinkan anak di bawah umur dan pemeriksaan latar belakang keluarga termasuk penilaian psikologi dan kesihatan serta kewangan akan dilakukan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.