Guna Media Sosial Dengan Berintegriti

KOTA KINABALU, 13 September – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengajak seluruh anggota masyarakat supaya lebih berintegriti serta berhati-hati dalam menggunakan media sosial dengan  menyebarkan hanya maklumat sahih dan benar melalui medium itu.

Tegas beliau sebarang berita atau maklumat tidak benar dan tidak sahih perlu diabaikan serta dipadam kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat.

Datuk Seri Mohd Shafie memberitahu  demikian pada perasmian Simposium Dakwah Media Baharu Zon Sabah 2018 di Kota Kinabalu, Sabah.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai.

Tambah Datuk Seri Mohd Shafie media baharu atau media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Wechat turut membawa kesan besar terhadap pembentukan institusi keluarga yang merupakan unit asas dalam dalam pembentukan masyarakat seterusnya negara.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.