Erdogan Minta Bukti Wartawan Tinggalkan Konsulat

ISTANBUL, 8 Oktober – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, meminta pegawai Arab Saudi membuktikan dakwaan mereka bahawa wartawan Jamal Khashoggi yang hilang sudah meninggalkan konsulat negara itu di Istanbul.

Khashoggi, yang menulis untuk akhbar Washington Post, hilang Selasa lalu selepas memasuki konsulat untuk menerima dokumen rasmi menjelang perkahwinannya dengan wanita Turki.

Polis berkata pada hujung minggu lalu, kira-kira 15 warga Arab Saudi, termasuk pegawai tiba di Istanbul dengan dua penerbangan Selasa lalu dan berada di konsulat pada waktu sama dengan Khashoggi.

Sumber kerajaan Turki memberitahu polis percaya wartawan itu ‘dibunuh pasukan khas yang dihantar ke Istanbul dan meninggalkan negara itu pada hari sama.’

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm