Emir Qatar, Mahathir Adakan Perbincangan Di Putrajaya

PUTRAJAYA, 6 Disember – Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan di sini yang dimulakan dengan mesyuarat empat mata.

Kedua-duanya kemudian menghadiri mesyuarat delegasi kedua-dua negara yang berlangsung dibangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Emir Qatar itu tiba di Malaysia semalam bagi mengadakan lawatan kerja tiga hari. Pertama kali beliau melawat negara ini ialah pada Oktober tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra menyebut bahawa lawatan itu dilihat menyediakan peluang terbaik untuk kedua-dua pemimpin  membincangkan isu-isu dua hala serta saling bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.