Dua Wanita Islam Pertama Dipilih Ke Kongres

CHICAGO, 7 November – Pengundi Amerika Syarikat (AS) memilih dua wanita Islam Demokrat untuk mengisi kerusi Kongres, sejarah pertama pernah dicatat di negara yang tidak pernah reda dengan retorik anti-Islam itu, lapor rangkaian media AS semalam.

Pelarian Somalia, Ilhan Omar menang kerusi Dewan Perwakilan di Minnesota, menggantikan Keith Ellison, yang juga wakil Islam pertama pernah dilantik ke Kongres.

Pekerja sosial, Rashida Tlaib kelahiran Detroit yang berasal dari keluarga pendatang Palestin pula, mengisi kerusi Dewan Perwakilan tanpa persaingan dari wakil Republikan.

Kemenangan dua ahli politik itu menjadikan jumlah wakil Islam di Dewan Perwakilan kepada tiga.

Dalam pada itu Ahli kongres Demokrat, Andre Carson, seorang yang berketurunan Afrika-Amerika Islam turut dilantik semula selepas menang di Indiana.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.