Dua Pekerja Maut Setiap Hari Dalam Perjalanan Pergi-Balik Kerja

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja pada tahun lepas.

Justeru, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar, ia menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017 yang mencatatkan 924 kes kematian sama.

Bagaimanapun, jelas beliau kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu 35,195 berbanding 33,319 pada 2017 dengan kira-kira 74 peratus daripada kemalangan itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. 

Datuk Mahfuz menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Geran Bantuan Kewangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada institusi dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 2019 di Kuala Lumpur.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top