Dr Wan Azizah, Jusuf Kalla Bincang Bantuan Kemanusiaan Bencana Sulawesi

JAKARTA, 9 Oktober – Bantuan kemanusiaan bagi bencana gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah antara fokus utama pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla di Jakarta.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Pejabat Naib Presiden Indonesia itu bersempena lawatan kerja seharinya ke Indonesia, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyampaikan rasa simpati rakyat dan kerajaan Malaysia kepada mangsa bencana yang menimpa wilayah itu pada 28 Sept lepas serta akan membantu meringankan beban mereka.

Datuk Seri Wan Azizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata bantuan yang ditawarkan Malaysia dan telah diterima kerajaan Indonesia termasuk kemudahan pengangkutan udara melalui sebuah pesawat A400M dan dua buah C130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menghantar bantuan ke wilayah itu.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah turut berkata mereka turut membincangkan mengenai hubungan dua hala Malaysia-Indonesia bagi mengeratkan tali persaudaraan sebagai negara serumpun.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.