Dr Mahathir Tidak Setuju Tindakan Ke Atas Pengkritik

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritiknya.

Beliau meluahkan perkara tersebut  dalam catatan di laman Twitter

Beliau memuat naik catatan berkenaan dengan pautan kepada laporan media berhubung penangkapan seorang lelaki di Langkawi berhubung kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman Facebook terhadap perdana menteri dan agama Islam.

Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi, yang merupakan sumber berita berkenaan, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Catatan itu menyebut suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.