Dr Mahathir Terima Kunjungan Hormat Modi

PUTRAJAYA, 31 Mei – Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.

Beliau tiba di Perdana Putra di Putrajaya  pada  pukul  11.35 pagi dan disambut oleh Tun Dr Mahathir.

Modi singgah sebentar ke Malaysia untuk menyampaikan ucap selamat dan tahniah secara peribadi kepada Dr Mahathir atas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Ini adalah pertemuan pertama di antara dua pemimpin itu manakala ini adalah kedua Modi ke Malaysia selepas lawatan pertama pada 23 November 2015.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top