Doktor Turki Kembalikan Denyutan Jantung Pasangan Kembar Rohingya

ANKARA, 7 Januari – Para doktor Turki telah berjaya mengembalikan denyutan jantung pasangan kembar Rohingya yang terhenti ketika berada dalam perut ibu mereka.

Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita rasmi Turki Anadolu memetik kenyataan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) pada Ahad.

Kenyataan itu menyebut seorang wanita hamil 32 minggu yang mengalami sawan akibat tekanan darah tinggi telah dibawa ke Hospital Sahra di Bangladesh, yang dibuka oleh AFAD dan Kementerian Kesihatan Turki.

Pesakit itu segera dibawa ke bahagian pembedahan selepas doktor gagal mendengar degupan jantung kedua-dua bayi, dan berkat usaha doktor Turki terbabit, nasib pasangan kembar itu umpama mati hidup semula.

Turki terus berdiri bersama-sama umat Islam Rohingya — yang melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar serta cuba bertahan di Bangladesh sejak permulaan krisis kemanusiaan di rantau itu.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top