DJ Fairuz Deklamasikan Puisi di Malam Puisi Riong

Dj Fairuz Deklamasikan Puisi di Malam Puisi Riong

KUALA LUMPUR – Menutup takwim tahun 2013, Malam Puisi Riong yang dianjurkan oleh Berita Harian (BH) dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) ,Istana Budaya (IB) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah berjaya diadakan pada hari Sabtu, 7 Disember yang lalu.

Bertemakan ‘Puisi Untuk Semua’, IKIMfm sebagai penyiar rasmi Malam Puisi Riong ini mengambil peluang untuk turut bersama-sama di dalam acara yang penuh dengan pengisian dan sarat dengan luahan melalui kata-kata yang diungkapkan oleh para penyair.

Dj Fairuz Hj Noordin selaku Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm juga penyampai IKIMfm mendeklamasikan puisi “Kita Bina Hidup Ini” yang seringkali berkumandang di IKIMfm manakala Dj Syafiq Zulakifli dilantik selaku pengemudi acara di samping menyampaikan puisi berjudul “Rumah Kita”.

Malam Puisi Riong ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Media IKIM, Dr Nik Roskiman Abdul Samad.

Antara penyair yang turut bersama-sama adalah Sasterawan Negara ke-10, Dato Dr Anwar Ridhwan juga Sasterawan Negara ke-12, Dato Baharuddin Zainal atau Baha Zain. Pengarah Urusan ITBM, Encik Mohd Khair Ngadiron turut menyampaikan puisi berjudul ‘Gelandangan’, Dr Mohamad Saleeh Rahamat, Presiden PENA, Encik Zainor Said selaku Pengarang Eksekutif Rencana BH dan Datuk Mohammad Juhari Shaarani turut bersama mendeklamasikan puisi pada malam tersebut.

Memeriahkan acara pada malam tersebut juga, kumpulan Kopratasa yang popular dengan lagu ‘Permata Untuk Isteri’ menutup tirai Malam Puisi Riong tersebut. Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara, SEA Write Award Thailand, Phaithoon Thanja dari Thailand tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi pada malam tersebut.

Gabungan di antara BH-ITBM-IB-PENA serta IKIMfm selaku radio rasmi bagi  program ini merupakan satu penghargaan yang bernilai untuk tahun 2013 ini.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top