Didik Nilai Murni Sejak Tadika

TOKYO, 7 November – Didikan nilai-nilai moral yang baik perlu diberi perhatian di peringkat sekolah sejak dari peringkat tadika hingga ke universiti.

Justeru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sistem pendidikan negara perlu menerapkan pendidikan nilai-nilai murni dan keperibadian yang melepasi pengetahuan.

Tun Dr Mahathir menyatakn perkara itu dalam ucapan pembukaan dialog dengan pelajar di Toyo University di Tokyo, Jepun.

Selain itu, ujar beliau  beberapa negara telah menggunakan pendidikan sebagai bentuk indoktrinasi.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.