DBKL Boleh Teruskan 43 Transaksi Tanah

KUALA LUMPUR, 13 September – Sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM5.63 bilion disiasat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata semua transaksi membabitkan penjualan tanah seluas 273.27 hektar disiasat oleh pasukan petugas khas DBKL dan kementeriannya sejak 31 Julai lalu.

Jelas beliau , hasil siasatan oleh pasukan petugas khas itu mendapati 43 daripada jumlah transaksi boleh diteruskan penjualannya manakala 19 lagi disyorkan untuk dibatalkan.

Selain itu, menteri berkenaan memaklumkan bahawa , hasil laporan dan cadangan oleh pasukan petugas khas itu sudah dirujuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.