Dataran Merdeka Tutup 10 Bulan

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Dataran Merdeka akan ditutup kepada orang awam mulai 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata penutupan berkenaan dibuat bagi memberi  laluan kerja-kerja pembangunan projek ‘River of Life’ yang kini berada pada fasa pertama.

Perkara itu diumumkan oleh  Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad.

Sehubungan itu, orang awam yang melewati kawasan ini adalah dinasihatkan untuk berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja tersebut sedang dilaksanakan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top