Dasar Tiada Tawaran Diskaun Untuk Saman JPJ Kekal

SEPANG, 29 Januari – Dasar tiada tawaran diskaun terhadap mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas akan dikekalkan.

Sehubungan itu, jelas   Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook  ia bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan tidak mahu pengguna jalan raya yang mendapat saman mengamalkan sikap  menunggu tawaran diskaun sebelum membayar saman.

katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2019 sempena Tahun Baru Cina di kawasan rehat dan rawat Dengkil arah selatan di Sepang Selangor.

Selain itu, Loke berkata beliau juga bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya saman trafik dan saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top