Dana RM50 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Berdaftar

PUTRAJAYA, 13 Februari – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk dimanfaatkan 815 buah sekolah tahfiz berdaftar di negara ini bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Berdaftar di Kementerian Kewangan di Putrajaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata permohonan bagi mendapatkan peruntukan itu, yang diumumkan pada Belanjawan 2019, boleh dibuat bermula Mac ini sebelum peruntukan itu disalurkan menjelang Oktober depan.

Datuk Seri Dr Mujahid menerima replika cek berjumlah RM50 juta daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada majlis yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Selain itu Datuk Seri Dr Mujahid berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada semua sekolah tahfiz berdaftar dengan syarat ia tidak dimiliki oleh mana-mana parti politik.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top