Qatar Selar Tindakan Israel Tutup Pintu Al-Aqsa

DOHA, 21 Februari – Qatar menyelar tindakan Israel menutup pintu masuk Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Qatar. Terdahulu, tentera Israel ditempatkan berhampiran Pintu Al-Rahma di sebelah timur masjid, di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak. Kenyataan itu juga menyeru masyarakat antarabangsa menyuarakan bantahan mereka terhadap dasar Israel demi...

Youtube Bertindak Halang Pornografi Kanak-Kanak

WASHINGTON, 22 Februari – YouTube bertindak menutup kelemahan yang membolehkan pengguna berkongsi ulasan dan pautan pornografi kanak-kanak melalui perkhidmatan perkongsian video itu. Reaksi itu dibuat selepas pencipta YouTube, minggu ini mendedahkan apa yang digelarnya ‘wormhole’ yang membolehkan ulasan dan kaitan mengenai pornografi kanak-kanak disiarkan bersama-sama video lain yang tidak mengandungi bahan menjejaskan. Langkah itu...

Zon Larangan Dron Berhampiran Lapangan Terbang Di Britain Diperluas Sehingga 5 KM

LONDON, 20 Februari – Mulai bulan depan zon larangan terbang untuk dron berhampiran lapangan terbang di Britain akan diperluas sejauh lima kilometer. Langkah itu bagi mengelakkan sebarang gangguan seperti mana yang berlaku di lapangan terbang Heathrow dan Gatwick baru-baru ini. Kementerian Pengangkutan berkata dalam satu kenyataan, zon larangan sebelum ini adalah sejauh satu kilometer...

Mesir Lancar Kempen Dua Anak Sudah Cukup

SOHAG, 20 Februari – Kerajaan Mesir melancar kempen perancangan keluarga pertama ‘Dua sudah cukup’, hari ini, ketika populasi negara itu menghampiri jumlah 100 juta orang. Difahamkan, populasi Mesir bertambah sebanyak 2.6 juta orang setahun, kadar itu tinggi bagi negara yang berdepan masalah bekalan air dan pekerjaan terhad selain sekolah dan hospital yang padat. Menurut Presiden...

Rejim Zionis Biadab Serang Jemaah Tunai Solat

BAITULMUQADDIS, 20 Februari – Lebih 10 orang penduduk Palestin dilaporkan cedera selepas polis Israel menyerang jemaah yang sedang mengerjakan solat Isya’ di Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis. Agensi berita Wafa yang me­me­tik beberapa sumber yang eng­gan didedahkan sebagai ber­kata, kesemua mangsa cedera selepas rejim Zionis menyerang mereka dekat pintu pagar Bab al-Rahma atau...

Arab Saudi Meterai Lapan Perjanjian Dengan Pakistan Bernilai US$20 Bilion

RIYADH, 18 Februari – Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman Al Saud pada Ahad telah memeterai lapan perjanjian dengan Pakistan bernilai US$20 bilion. Demikian menurut agensi berita China Xinhua memetik Al Arabiya TV. Antaranya berkaitan kilang penapisan kendalian syarikat Aramco milik Arab Saudi di pelabuhan Gwadar, Pakistan yang merupakan satu daripada kilang penapisan terbesar di dunia, bernilai...

Hotel Di Makkah Terbakar

MAKKAH, 18 Februari – Sebuah hotel di Mekkah dilaporkan terbakar dalam satu insiden dipercayai berlaku pada pagi tadi. Laman web Gulf Daily News yang memetik Almarsd melaporkan bahawa kejadian disyaki berlaku pada jam 11.40 pagi (waktu tempatan) membabitkan sebuah hotel, yang juga sebahagian daripada projek Jebel Omar. Bagaimanapun, anggota bomba pertahanan awam berjaya mengawal...

Australia Umum Buka Semula Kem Tahanan Pulau Christmas

SYDNEY, 13 Februari – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini mengumumkan pembukaan semula sebuah pusat tahanan pelarian kontroversi pesisir pantai di Pulau Christmas, menggandakan dasar tegar negara itu terhadap kemasukan pendatang. Morrison meluluskan pembukaan semula kemudahan terpencil itu, ditutup hanya beberapa bulan lalu, mendakwa undang-undang baharu diluluskan Parlimen akan menambah jumlah pelarian yang...

Remaja Palestin Maut Ditembak Tentera Israel

GAZA, 13 Februari – Seorang remaja Palestin meninggal dunia pada Selasa selepas tentera Israel menyerbu penunjuk perasaan yang berhimpun di kawasan berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dan Israel minggu lalu. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin. Hassan Nabil Nofal, 17, ditembak di kepala oleh tentera zionis Jumaat lalu ketika...

Scroll to top