Remaja Palestin Maut Ditembak Zionis

GAZA CITY, 7 Mac – Seorang remaja Palestin terbunuh ditembak dalam pertempuran terbaru bersama rejim Zionis di sepanjang sempadan Gaza malam tadi. Jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Al Qudra berkata, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Saif Al Deen Abu Zeid, 15 meninggal dunia akibat kecederaan dialami di timur Gaza, beberapa jam lalu. Beliau mengesahkan bahawa...

Presiden Filipina Ulangi Hasrat Ubah Nama Negara

MANILA, 4 Mac – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mengulangi hasratnya untuk menukar nama Filipina kepada Maharlika. Berucap pada Ahad malam, Duterte berkata beliau belum terfikir  nama yang khusus lagi. Di bawah perlembagaan Filipina, Kongres boleh menukar nama berdasarkan undang-undang,  dan akan berkuat kuasa selepas menerima persetujuan ramai menerusi pungutan suara. Pada bulan...

Bangladesh Hargai Pendirian Asean Berhubung Isu Rohingya

NEW YORK, 4 Mac – Bangladesh menghargai pendirian komuniti ASEAN berkaitan isu pelarian Rohingya yang membanjiri negara itu selepas melarikan diri dari keganasan di wilayah Rakhine, Myanmar. Kenyataan itu disuarakan oleh Setiausaha Luar Bangladesh, Md. Shahidul Haque dalam satu perbincangan di ibu pejabat Institut Keamanan Antarabangsa (IPI) di New York. Ditanya sama ada komuniti...

Malaysia bantah AS gabung Konsulat Jeneral, Kedutaan di Baitulmaqdis

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia menentang keras tindakan Amerika Syarikat (AS) menggabungkan Konsulat Jeneral dengan kedutaannya di Baitulmaqdis. Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyebut bahawa tindakan yang berkuat kuasa 4 Mac itu adalah langkah yang malang terbaru yang diambil oleh AS terhadap Palestin dan rakyatnya. Difahamkan langkah itu  bukan saja membangkitkan persoalan mengenai...

20 Korban Banjir Afghanistan

KANDAHAR, 3 Mac – Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 10 lagi hilang akibat banjir kilat terburuk yang menghanyutkan ribuan rumah dan kenderaan selatan Afghanistan sejak Jumaat lalu. Menurut Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), banjir itu menyebabkan Kandahar dan beberapa daerah di wilayah berkenaan lumpuh selepas hujan lebat selama 30 jam....

Syria hadiri mesyuarat Liga Arab buat kali pertama

AMMAN, 3 Mac – Syria menghadiri mesyuarat antara Parlimen Arab buat kali pertama sejak konflik peperangan tercetus di negara itu pada 2011. Speaker Parlimen Syria, Hammouda Sabbagh menjadi wakil Syria dalam mesyuarat terbabit. Rakan sejawatan beliau dari Jordan, Atef al-Tarawneh menggesa negara-negara Asia Barat untuk bekerjasama ke arah penyelesaian politik terhadap krisis Syria dan...

Jordan tuduh Israel larang Ulama ke Masjid Al-Aqsa

AMMAN, 3 Mac – Jordan menuduh pihak berkuasa Israel menghalang pegawai agama kanan Palestin dari Masjid Al-Aqsa di wilayah timur Baitulmaqdis yang dijajah negara Zionis itu. Ketua pihak berkuasa wakaf, Sheikh Abdel Azim Salhab yang mengendalikan kawasan di bandar dipertikaikan itu disekat selama 40 hari. Katanya, timbalan beliau turut disekat selama empat bulan. Dua...

Kebimbangan Terhadap Huawei, Jepun Dan India Jalin Kerjasama

TOKYO, 25 Februari – Kerajaan Jepun dan India secara prinsipnya telah bersetuju untuk berkerjasama dalam memerangi serangan siber berkaitan pembangunan teknologi 5G. Bagi Jepun, kebimbangan utama adalah mengenai produk syarikat telekomunikasi China, Huawei. Perjanjian menunjukkan kedua-dua negara berhasrat untuk berkongsi maklumat terhadap risiko keselamatan seperti akses kepada data secara haram serta menghalang dominasi produk...

742 hektar tanah di Riau terbakar

JAKARTA, 25 Februari – Kebakaran hutan dan tanah semakin merebak di Riau ketika daerah Bengkalis merupakan kawasan terjejas teruk di wilayah itu melibatkan kawasan seluas 742 hektar. Detik News yang memetik Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edwar Sanger sebagai berkata, dari data yang diperoleh mereka sejak awal Januari hingga Februari, kebakaran di...

12 Tentera Yaman Maut Dalam Serangan Peluru Berpandu Puak Houthi

SANAA, 25 Februari – Sekurang-kurangnya 12 anggota tentera yang setia kepada Presiden Yaman dalam buangan, Abd-Rabbu Mansour Hadi, telah terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam serangan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak di selatan sempadan Arab Saudi pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai tentera. Serangan itu terkena tentera terbabit di...

Scroll to top