Pilihan Raya Umum India bermula 11 April

NEW DELHI 10 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya India mengumumkan pilihan raya umum negara demokrasi terbesar dunia itu akan diadakan selama enam minggu, bermula pada 11 April hingga 19 Mei ini. Lapor AFP, Perdana Menteri India, Narendra Modi dari Parti Bharatiya Janata akan bertanding untuk penggal kedua menentang anak bekas Perdana Menteri Rajiv Gandhi,...

19 Kakitangan PBB Antara Mangsa Nahas Ethiopian Airlines

NEW YORK (PBB), 10 Mac – Sekurang-kurangnya 19 kakitangan agensi bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disahkan antara mangsa nahas pesawat Ethiopian Airlines, berhampiran Addis Ababa. Perkara itu diumumkan oleh ketua agensi penghijrahan PBB. Terdahulu, pihak berkuasa berkata, kesemua 157 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 737 terkorban selepas berlepas dari Addis Ababa ketika dalam...

Majlis Keselamatan Bincang Laporan Penggunaan Senjata Kimia Di Syria

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 7 Mac – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tertutup pada Rabu untuk membincangkan laporan terkini Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) mengenai penggunaan senjata kimia di Syria. Laporan oleh pemantau yang ditaja PBB itu berdasarkan penilaian Misi Pencarian Fakta (FFM) mendapati terdapat “alasan munasabah mengenai penggunaan bahan kimia toksik...

Presiden Korea Selatan Tekad Kukuhkan Kerjasama Dengan Asean

SEOUL, 7 Mac – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengulangi tekadnya untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ASEAN, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Beliau berkata Korea Selatan dan negara ASEAN akan terus memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengangkutan, tenaga dan industri pertahanan. Katanya dalam artikel yang ditulis...

Remaja Palestin Maut Ditembak Zionis

GAZA CITY, 7 Mac – Seorang remaja Palestin terbunuh ditembak dalam pertempuran terbaru bersama rejim Zionis di sepanjang sempadan Gaza malam tadi. Jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Al Qudra berkata, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Saif Al Deen Abu Zeid, 15 meninggal dunia akibat kecederaan dialami di timur Gaza, beberapa jam lalu. Beliau mengesahkan bahawa...

Presiden Filipina Ulangi Hasrat Ubah Nama Negara

MANILA, 4 Mac РPresiden Filipina, Rodrigo Duterte sekali lagi mengulangi hasratnya untuk menukar nama Filipina kepada Maharlika. Berucap pada Ahad malam, Duterte berkata beliau belum terfikir  nama yang khusus lagi. Di bawah perlembagaan Filipina, Kongres boleh menukar nama berdasarkan undang-undang,  dan akan berkuat kuasa selepas menerima persetujuan ramai menerusi pungutan suara. Pada bulan...

Bangladesh Hargai Pendirian Asean Berhubung Isu Rohingya

NEW YORK, 4 Mac – Bangladesh menghargai pendirian komuniti ASEAN berkaitan isu pelarian Rohingya yang membanjiri negara itu selepas melarikan diri dari keganasan di wilayah Rakhine, Myanmar. Kenyataan itu disuarakan oleh Setiausaha Luar Bangladesh, Md. Shahidul Haque dalam satu perbincangan di ibu pejabat Institut Keamanan Antarabangsa (IPI) di New York. Ditanya sama ada komuniti...

Malaysia bantah AS gabung Konsulat Jeneral, Kedutaan di Baitulmaqdis

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia menentang keras tindakan Amerika Syarikat (AS) menggabungkan Konsulat Jeneral dengan kedutaannya di Baitulmaqdis. Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyebut bahawa tindakan yang berkuat kuasa 4 Mac itu adalah langkah yang malang terbaru yang diambil oleh AS terhadap Palestin dan rakyatnya. Difahamkan langkah itu  bukan saja membangkitkan persoalan mengenai...

20 Korban Banjir Afghanistan

KANDAHAR, 3 Mac – Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 10 lagi hilang akibat banjir kilat terburuk yang menghanyutkan ribuan rumah dan kenderaan selatan Afghanistan sejak Jumaat lalu. Menurut Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), banjir itu menyebabkan Kandahar dan beberapa daerah di wilayah berkenaan lumpuh selepas hujan lebat selama 30 jam....

Syria hadiri mesyuarat Liga Arab buat kali pertama

AMMAN, 3 Mac – Syria menghadiri mesyuarat antara Parlimen Arab buat kali pertama sejak konflik peperangan tercetus di negara itu pada 2011. Speaker Parlimen Syria, Hammouda Sabbagh menjadi wakil Syria dalam mesyuarat terbabit. Rakan sejawatan beliau dari Jordan, Atef al-Tarawneh menggesa negara-negara Asia Barat untuk bekerjasama ke arah penyelesaian politik terhadap krisis Syria dan...

Scroll to top