Isu Stevia Palsu

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : ISU STEVIA PALSU KUALA LUMPUR, 28 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian edisi 27 Mac 2017. Laporan tersebut menyatakan hasil ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia terhadap...

Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA : PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL PUTRAJAYA, 22 Mac – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Sila klik di sini untuk Jadual...

Penguatkuasaan Pendidikan di Taman Awam Sebagai Tempat Larangan Merokok

PUTRAJAYA, 27 Februari – Susulan daripada pewartaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan di seluruh taman-taman awam di Malaysia. Tujuan penguatkuasaan pendidikan ini adalah untuk memberikan amaran kepada masyarakat bahawa aktiviti merokok adalah menjadi kesalahan di semua kawasan...

YAB Dato' Sri Najib Razak Sah Hadiri Malam Wartawan Malaysia 2017

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Malam Wartawan Malaysia 2017 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dijadual berlangsung pada 21 April 2017 bertujuan untuk menyampaikan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016 di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengesahkan kehadiran sebagai tetamu kehormat. Perkara...

Kenyataan Media – PM Diundang sebagai Tetamu Kehormat Malam Wartawan Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Februari – 21 April 2017 bakal menjadi tarikh penting dalam kalendar media tanah air dengan perhimpunan terbesar pengamal media tempatan pada majlis Malam Wartawan Malaysia anjuran Malaysian Press Institute (MPI). Majlis tahunan anjuran MPI itu bertujuan mengiktiraf karya-karya kewartawanan terbaik sepanjang tahun 2016 menerusi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2016. YAB...

Siaran Media – Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN :SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA BAGI MINGGU 49 TAHUN 2016 (4 – 10 DISEMBER 2016) PUTRAJAYA, 14 Dis – Sepanjang minggu ke 49 tahun 2016 iaitu dari 4 Disember 2016 hingga 10 Disember 2016, sebanyak 1,376 kes Demam Denggi telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 48 kes (3.6%) berbanding Minggu...

Serangan Bom di Kaherah

SERANGAN BOM DI KAHERAH PUTRAJAYA, 13 Dis – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom di Gereja St. Peter dan St. Paul,  Katedral Ortodoks Koptik di Kaherah pada 11 Disember 2016 yang meragut 25 nyawa dan mencederakan 49 orang. Kerajaan Malaysia merakamkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Arab Mesir serta...

Scroll to top