Pembahagian Tapak Bazar Ramadan Perlu Ambil Kira Peniaga Tradisi

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Persatuan Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) hari ini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengambil kira para peniaga tradisi dalam pembahagian tapak Bazar Ramadan. Sehubungan itu, jelas Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Abdullah sistem pendaftaran terbuka secara ‘online’ tidak memberi peluang kepada peniaga untuk memperjuangkan kembali...

Negeri Sembilan Alu-Alukan Pembinaan Kilang Vaksin Halal

JELEBU, 4 Mac – Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mengalu-alukan sekiranya benar ada pihak yang hendak membina kilang vaksin halal di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, sehingga kini beliau belum mendapat maklumat tentang perkara itu yang dilaporkan dalam akhbar dan akan menyemaknya. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh bahawa...

Penjawat Awam Berlainan Pendirian Politik Jangan Sabotaj

PUTRAJAYA, 4 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan penjawat awam yang berbeza pendirian politik supaya tidak melakukan sebarang unsur-unsur sabotaj. Ketika berucap pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan sedar ada...

Sultan Selangor Kecewa Perbuatan Hina Keperibadian Rasulullah SAW

SHAH ALAM, 4 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kekecewaan dengan perbuatan menghina keperibadian junjungan besar Rasulullah SAW oleh segelintir golongan bukan Islam sejak kebelakangan ini. Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan kekecewaan itu selepas berbincang dengan ahli-ahli Dewan Diraja Selangor pada hari ini. Sehubungan...

Sultan Selangor Bimbang Pelbagai Ancaman Boleh Lemahkan Umat Islam

KLANG, 3 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ni menzahirkan rasa bimbang dengan pelbagai ancaman yang boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan agama Islam serta melemahkan umatnya khususnya di negeri ini dan juga negara. Sultan Sharafuddin menitahkan bahawa baginda dimaklumkan terdapat 45 golongan ajaran sesat dan menyeleweng difatwakan oleh Jabatan Mufti Selangor sehingga...

e-Sports: Persatuan Disaran Gubal Peraturan, Cegah Masalah Kesihatan

IPOH, 3 Mac – Persatuan-persatuan yang terlibat dalam e-Sports disaran menggubal atau mewujudkan peraturan sebagai antara langkah menggelak serta mencegah masalah kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan mereka yang terlibat. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kewujudan peraturan tersebut juga secara tidak langsung dapat mengawal permainan e-Sports itu. Beliau bercakap demikian kepada...

Bayar Balik Atau Pelajar Baharu Tidak Dapat Pinjaman PTPTN

KANGAR, 3 Mac – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan meminta agar peminjam PTPTN menjelaskan pinjaman mereka supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu. Beliau berkata kegagalan peminjam membayar balik pinjaman mungkin akan menjejaskan peluang pelajar-pelajar yang baharu memasuki institusi pengajian tinggi mendapat bantuan agensi itu. Jelas beliau, sejak PTPTN diwujudkan 21 tahun lepas seramai...

Pencarian MH370 : Tampil Jika Ada Cadangan Baharu

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Kerajaan bersedia mendengar cadangan daripada mana-mana syarikat penerokaan atau pencarian yang mempunyai petunjuk dan teknologi yang boleh dipercayai bagi menggerakkan semula misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke kerajaan masih menunggu cadangan dari syarikat penerokaan dasar laut, Ocean Infinity atau dari mana-mana pihak...

Majlis Graduasi Darul Ilmi MAIWP, Rabu ini

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal mengadakan Majlis Graduasi Darul Ilmi kali kedua 2019 di Darul Ilmi MAIWP, Kampung Sungai Penchala, di Kuala Lumpur pada Rabu ini. MAIWP dalam satu kenyataan menyebut bahawa, acara yang bermula pada pukul 11 pagi itu bertujuan meraikan seramai 20 pelajar yang berjaya...

Perspektif Neurosains Dan Agama Mengenai Kehidupan Dan Kematian Sangat Berkait Rapat

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Perspektif neurosains dan agama mengenai kehidupan dan kematian sangat berkait rapat. Pada masa kini, pelbagai dapatan saintifik terus membuktikan dan membenarkan apa yang telah disebut di dalam al-Quran. Bercakap kepada pemberita IKIM selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Brain Wave and Death of a Person’ pada persidangan Meja Bulat ‘...

Scroll to top