Wanita Berperanan Penting Sebagai Ahli Masyarakat

BANGI, 10 Mac – Golongan wanita di Malaysia memainkan peranan penting sebagai isteri, ibu dan ahli masyarakat, kata isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan wanita di Malaysia supaya menjaga diri masing-masing dengan baik terutamanya dari aspek kesihatan. Katanya selepas menyampaikan hadiah pada pertandingan akhir Kejohanan Badminton...

Kedah Perlu Pergiat Promosi Produk Pelancongan

SUNGAI PETANI, 10 Mac – Kerajaan negeri Kedah diminta mempergiatkan usaha mempromosi produk pelancongan di negeri ini khususnya berkaitan tamadun, seni dan budaya agar setanding dengan lokasi lain di dunia. Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin bertitah, daerah Kuala Muda misalnya mempunyai kesan dan tinggalan sejarah yang tidak terdapat di tempat lain seperti di...

Keputusan Sertai Statut Rom Tidak Jejas Kedudukan Agong

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Keputusan kerajaan menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dibuat setelah yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong. Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kajian secara mendalam dan teliti dari semua aspek telah dibuat sebelum keputusan untuk menyertai Statut Rom dilaksanakan. Kenyataan itu...

Bomba Terima 50 Aduan Pokok Tumbang Di Shah Alam

SHAH ALAM, 10 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima 50 aduan berkaitan pokok tumbang di Shah Alam, susulan hujan lebat lebih sejam petang tadi. Antara kawasan terbabit termasuk di Seksyen 8 dan Seksyen 9 Shah Alam. Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya mengerahkan 20 pegawai dan...

KKM Sedia Timbang Cadangan Wajibkan Dua Daripada 12 Vaksin

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan mewajibkan suntikan tersebut melibatkan vaksin MMR iaitu bagi campak, beguk dan rubella serta vaksin difteria yang akan dimuktamadkan dalam...

JAKIM Tubuh Unit Pantau Penghinaan Terhadap Nabi, Islam

KUALA LUMPUR, 7 Mac  – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan satu unit pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof penubuhan unit itu dibuat berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad SAW...

MPKK Digesa Mohon Geran RM10,000 Laksana Projek Jana Pendapatan Penduduk Kampung

IPOH, 7 Mac – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) digesa menyegerakan permohonan untuk mendapatkan geran RM10,000 bagi melaksanakan projek yang menjana pendapatan penduduk, keceriaan dan keselamatan kampung memandangkan peruntukan telah disediakan untuk 2019. Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kelewatan merebut peluang itu akan menjejaskan pembangunan aktiviti MPKK kepada masyarakat...

MAIPs Sambut Baik Cadangan Pemegang Taruh, Tingkat Prestasinya

PADANG BESAR, 7 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyambut baik cadangan oleh pemegang taruh bagi mempertingkatkan prestasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Perlis (MAIPs) pada masa hadapan. Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, cadangan-cadangan yang dikemukakan mesti berupaya menambah baik aspek pengagihan, pengurusan selain usaha untuk mengenalpasti asnaf. Tuanku...

Sultan Brunei Adakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada Selasa

PUTRAJAYA, 4 Mac – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah akan berangkat mengadakan lawatan kerja ke Malaysia esok, sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-22 antara Malaysia dengan Brunei. Kementerian Luar memaklumkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima keberangkatan baginda di Putrajaya. Ini adalah pertemuan julung kali antara Dr Mahathir dan Sultan Hassanal Bolkiah di...

Pembahagian Tapak Bazar Ramadan Perlu Ambil Kira Peniaga Tradisi

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Persatuan Penjaja dan Peniaga-peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) hari ini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengambil kira para peniaga tradisi dalam pembahagian tapak Bazar Ramadan. Sehubungan itu, jelas Yang Dipertuanya, Datuk Mohamad Abdullah sistem pendaftaran terbuka secara ‘online’ tidak memberi peluang kepada peniaga untuk memperjuangkan kembali...

Scroll to top