Halaqah Usrah Nurani 21 Jun 2014 ini

Atas permintaan para pendengar IKIMfm untuk turut sama dalam rancangan Usrah Nurani, sebuah rancangan berbentuk kekeluargaan (usrah) membincangkan isu-isu akhlak dan memperbaiki diri yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 5.15 petang, IKIMfm akan menganjurkan program bersama peminat yang dinamakan Halaqah Usrah Nurani, bagi memberi peluang kepada pendengar setia rancangan Usrah Nurani menjadi sebahagian daripada ahli...

JAKIM Sahkan Tiada DNA Babi Dalam Cadbury

KUALA LUMPUR, 2 Jun –  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa produk coklat Cadbury TIDAK mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh pada Isnin. Datuk Seri Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini (Isnin) dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Pengumuman keputusan...

10 Ribu Banjiri Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan

SEREMBAN, 1 Jun – Karnival Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan yang bermula 30 Mei dan berakhir petang tadi telah berjaya menarik 10 ribu pengunjung selama 3 hari ianya diadakan. Penyelaras Karnival, Puan Fairuz Hj. Nordin ketika ditemui menjelaskan bahawa walaupun ianya sedikit rendah berbanding jangkaan asal, namun program tetap meriah dan mendapat sambutan. Ada pengunjung...

Ketua Pengarah IKIM Rasmi Karnival Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan 2014

SEREMBAN, 30 Mei – Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Hj. Nik Mustapha Hj. Nik Hassan telah merasmikan Karnival Mahabbah IKIMfm Negeri Sembilan 2014. Karnival tersebut diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban yang bermula pada Jumaat, 30 Mei hingga 1 Jun 2014 ini. Datuk Nik Mustapha dalam ucapan perasmiannya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri...

Raja Dr.Nazrin dimasyhurkan Sultan Perak ke-35

29 Mei 2014 – Raja Dr. Nazrin Muizuddin Shah ibn Almarhum Azlan Muhibbudin Shah, 58, dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam. Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang. Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang...

IKIMfm dan TV AlHijrah Jalin Kerjasama Lebih Erat

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2014 – Radio IKIMfm telah mengadakan lawatan ke pusat operasi TV Al Hijrah. Lawatan ini melibatkan lapan pegawai kanan Pusat Media yang terdiri daripada Pengarah Pusat Media, Pengurus Rancangan IKIMfm, Pengurus TVIkim, Pegawai Perhubungan Korporat, dan Penerbit-penerbit Kanan Radio. Secara khususnya objektif utama lawatan ini adalah untuk membentuk kerjasama strategik...

Perginya Seorang Raja Berjiwa Rakyat

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30, pada Rabu. Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. Pengumuman kemangkatan baginda dilakukan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan...

Farid Sanullah Gembira Album Pertama Diterima Peminat

Dengan mempertaruhkan lagu berjudul Don’t Forget Allah, penyanyi Farid Sanullah memilih tempat kelahirannya Malaysia sebagai Negara pertama bagi mempromosikan album pertamanya itu selepas melakukannya terlebih dulu di Australia. Membesar di Perth, Australia, artis keturunan Pakistan ini amat gembira apabila single pertamanya, Don’t Forget Allah, mendapat sambutan baik daripada pendengar di Negara ini. Menyedari sambutan...

IKIMfm Turun Bersama Pendengar di Seremban

KUALA LUMPUR – Bermula Jumaat ini, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan  dan Institut Pembangunan dan Pengurusan Johor akan menganjurkan Karnival Mahabbah IKIMfm Seremban 2014. Karnival ini bakal berlangsung bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2014 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Seremban. Pelbagai acara dan program dirancang seperti siri...

Scroll to top