Buat Laporan Jika Naskhah Al-Quran Didapati Tiada Kelulusan KDN

KUALA LUMPUR, 20 Februari – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu umat Islam proaktif dan tampil membuat laporan sekiranya mengesan ada penjualan naskhah al-Quran yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), sama ada yang dicetak atau dijual secara dalam talian.

Ujar beliau pihaknya melakukan penguatkuasaan secara berterusan untuk memastikan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan daripada KDN itu tidak dijual dalam pasaran tempatan.

Di samping itu, Tan Sri Muhyiddin menegaskan  bahawa umat Islam perlu lebih berhati-hati kerana al-Quran yang tidak diluluskan tidak boleh diguna pakai berikutan cara pembacaan dan percetakannya adalah berbeza dengan al-Quran resam Uthmani yang dipakai negara.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top