Bomba Terima 50 Aduan Pokok Tumbang Di Shah Alam

SHAH ALAM, 10 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima 50 aduan berkaitan pokok tumbang di Shah Alam, susulan hujan lebat lebih sejam petang tadi.

Antara kawasan terbabit termasuk di Seksyen 8 dan Seksyen 9 Shah Alam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya mengerahkan 20 pegawai dan anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top