Bila Allah Belum Membantu

ILMU itu ibarat air yang sedang mengalir dari bukit ke lembah, jika air itu berhenti maka keringlah lembah dan begitu juga manusia yang tidak ada ilmu, akan keringlah jiwa manusia yang tidak diisi dengan ilmu yang bermanfaat.

Melalui rancangan Islam Itu Indah yang disiarkan di stesen radio IKIMfm setiap Rabu jam 10.15 pagi, Ustaz Pahrol Mohd. Juoi mengingatkan kepada para pembaca agar sentiasa kembali kepada pencipta Allah SWT yang Maha Besar dalam setiap inci perbuatan yang kita lakukan, bahkan Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya untuk berdoa kepada Allah seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim dalam al-Mustadraknya “Wahai Allah janganlah diserahkan diriku kepada diriku walaupun sekelip mata”

Ini kerana setiap makhluk di muka bumi ini tertakluk kepada kekuasaan Allah azawajala. Oleh sebab itulah dalam lembaran hidup ini walau seluas mata memandang atau sekecil anak mata sekalipun, kehidupan ini harus bergantung kepada kurniaan Allah SWT.

Justeru, ilmu adalah umpama mata air yang sentiasa mengeluarkan mutiara pengetahuan untuk manusia mengenal diri dan mengenal Tuhannya. Lalu jika setiap permohonan atau bantuan Allah belum tiba pada saat kita memintanya dari Allah SWT, ilmu itu juga membawa manusia untuk membawa diri lebih dekat dengan Tuhan.

Dengan pemahaman ilmu terhadap kebesaran Allah SWT, manusia akan sedar bahawa Allah yang maha memberi tidak akan membiarkan setiap hambanya begitu sahaja melainkan dijentik pengetahuan untuk hambanya bermuhasabah diri supaya sentiasa membuat koreksi membetulkan diri.

Selain dari ikhlas, beramal soleh dalam amal ibadat, menjaga solat dan taat kepada segala perintah Allah, ada satu perbuatan penting yang perlu diamalkan oleh seseorang mukmin agar mendapat bantuan dari Allah SWT adalah sentiasa mengetuk pintu taubat yang disediakan oleh Allah tanpa ada apa-apa syarat.

Taubat adalah jalan yang dilorongkan Allah bagi hambanya untuk membersih diri dari segala dosa dan noda. Taubat nasuha atau taubat secara bersungguh-sungguh kepada Allah merupakan satu bentuk amalan yang akan membawa diri mukmin kepada Allah. Ini kerana Allah SWT tidak melihat rupa wajah seseorang hamba, tetapi Allah memandang hati manusia yang bersih.

Bertaubat bererti menyesal terhadap dosa-dosa yang telah lalu, berazam atau tekad tidak akan mengulanginya dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa. Rasulullah SAW ada bersabda menyatakan bahawa menyesal itu ialah taubat, iaitu sesalan yang hakikat. Taubat bukan hanya dengan lafaz sesalan dengan lidah, yang dilakukan dengan perakuan diri, ataupun ketika berada di hadapan orang ramai.

Sesetengah daripada syarat taubat ialah meninggalkan dosa-dosa, kerana dosa maksiat menyebabkan kemurkaan Allah. Taubat yang sebenarnya adalah kerana Allah dan untuk mendapat redha Allah SWT.

Hakikatnya hati yang bersih akan diterjemahkan melalui kata-kata yang baik, jiwa yang tenang, fikiran yang jelas untuk memahami ajaran Allah SWT dan akhlak yang indah untuk dipersembahkan kepada Allah SWT di akhirat nanti. Malahan, seseorang mukmin yang sentiasa membersihkan dirinya dengan istigfar juga akan dipelihara dirinya dari kejahatan dunia dan keseksaan di alam kubur.

Manusia yang dirinya sentiasa bertaubat kepada Allah dari dosa dan khilaf, tidak akan Allah sia-siakan permohonannya kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah bagi hamba yang diuji dan diberi musibah hendaklah menyambutnya sebagai satu ‘pemberian’ oleh Allah untuk manusia menyucikan dirinya dengan taubat.

Sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud “Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaul batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)

Selain beristigfar kepadaNya, seseorang mukmin dituntut untuk melaksanakan solat sunat taubat sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kerana sebagai manusia yang lemah, sudah pasti tidak akan sunyi dari melakukan kesilapan. Malahan, yang berbaik bagi manusia hendaklah merasa diri sentiasa berdosa kepada Allah dan takut kepada azab Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa: “Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. (HR Abi Dawud)

Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan. Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana.

Apatah lagi kita sebagai manusia yang selalu berbuat khilaf dan dosa ini, yang tidak pernah sunyi memohon bantuan Allah dan selalu menagih ehsanNya dalam hidup kita. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bertaubat walaupun sering membuat dosa. Jangan sesekali merasa jemu untuk bertaubat kerana Allah SWT tidak pernah jemu mendengar rintihan kita untuk bermohon kepadaNya.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 3 Februari 2016
03-02-2016
Kongsi Artikel ini :

1 Comment

  1. Muhammad ahlam firdausMay 29, 2016

    Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
    Saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.
    Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.
    Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.
    Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.
    Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir
    Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.
    Whatsapp(0196135660)

Leave a Reply

Scroll to top