Berhati-Hati Beli Al-Quran Dalam Talian

ALOR SETAR, 13 Februari – Orang ramai diminta supaya berhati-hati jika membeli al-Quran secara dalam talian kerana ada antara naskhah itu tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah Zaki Mohamed berkata kaedah penjualan al-Quran dalam talian terutama menerusi media sosial seperti Facebook dilihat semakin berleluasa.

Ujar beliau, naskhah al-Quran perlu mendapat kelulusan KDN sebelum dijual atau diedar kepada orang ramai bagi memastikan kandungannya disemak terlebih dahulu untuk mengelakkan berlakunya kesalahan termasuk dari segi ayat dan baris yang sekali gus membawa makna yang tidak tepat.

Sehubungan itu, Zaki momohon pembeli menyemak dahulu al-Quran yang hendak dibeli itu sama ada mempunyai cop dan hologram KDN atau sebaliknya. 

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top