Bengkel "Adab Dengan Al-Quran" di IKIM

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Kitab Suci al-Qur’an diturunkan sebagai petunjuk untuk dihayati kerana dengan menghayati ajaran kitab suci itu sahaja agama Islam akan kelihatan indah.

Perkara itu dijelaskan oleh Sheikh Musa Furber atau nama asalnya Steven Woodward Furber yang berasal dari Oregon Amerika Syarikat.

DSC_4795

Sheikh Musa Furber adalah Penceramah dan penterjemah terkenal dari Tabah Foundation Abu Dhabi berada di Negara ini atas jemputan khas untuk menyampaikan ceramah pada bengkel ‘Adab Dengan al- Qur’an yang berlangsung selama 2 hari di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kuala lumpur.

Katanya ibu bapa yang menghantar anak -anak ke sekolah tahfiz tidak boleh berpuashati dengan sekadar itu sahaja, sebaliknya hendaklah turut memastikan anak-anak menghayati al-Qur’an dalam segenap aspek kehidupan.

Bengkel anjuran IKIM itu turut mengupas kitab karangan ulama mazhab Shafie Imam Nawawi, al-tibyan fi adab hamalatil quran, disiarkan secara langsung dalam talian di TV IKIM. Bengkel yang dihadiri kira-kira 200 peserta itu diselaraskan oleh Penerbit IKIMfm Mazlina Ismail.

DSC_4806

Objektif menganjuran bengkel berkenaan adalah untuk memberi pendedahan kepada umat Islam berhubung adab-adab dengan kitab suci al-Qur’an.

Menurut Mazlina, rakaman bengkel tersebut akan disiarkan dalam slot English Section hari Ahad depan.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top