Belanjawan 2019: Perak Fokus Kebajikan Rakyat

IPOH, 7 November – Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2019 pada 27 Nov ini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Kerajaan Negeri akan menyediakan bantuan kepada rakyat dengan cara yang lebih bersesuaian seperti bantuan makanan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi rakyat.

Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas menyaksikan Memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Negeri bersama Ambank Islamic bagi menjalinkan kerjasama kutipan cukai tanah menerusi sistem pembayaran elektronik JomPAY.

Mengenai MoU itu, jelas Datuk Seri Ahmad Faizal kerjasama itu akan menggalakkan penggunaan saluran pembayaran digital yang memudahkan proses penyesuaian cukai tanah oleh Kerajaan Negeri.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top