Bangunan Baharu MITI Bakal Jadi Tarikan Positif Kepada Pelabur

KUALA LUMPUR, 24 Februari – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bangunan baharu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menjadi tarikan positif kepada syarikat multinasional untuk merancakkan lagi kemasukan pelaburan mereka ke negara ini.

Dalam ucapan sempena majlis perasmian Menara MITI di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuala Lumpur beliau berkata MITI bertanggungjawab meneruskan perkembangan dari segi ekonomi makro dan menjamin kemasukan pelaburan ke dalam negara di samping  memastikan peningkatan eksport Malaysia berterusan, terutamanya dari pihak  swasta.

Selain itu, dalam ucapan beliau, Datuk Seri Najib turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kakitangannya kerana telah berjaya meletakkan suara Malaysia di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top