Bangladesh Hargai Pendirian Asean Berhubung Isu Rohingya

NEW YORK, 4 Mac – Bangladesh menghargai pendirian komuniti ASEAN berkaitan isu pelarian Rohingya yang membanjiri negara itu selepas melarikan diri dari keganasan di wilayah Rakhine, Myanmar.

Kenyataan itu disuarakan oleh Setiausaha Luar Bangladesh, Md. Shahidul Haque dalam satu perbincangan di ibu pejabat Institut Keamanan Antarabangsa (IPI) di New York.

Ditanya sama ada komuniti ASEAN boleh memberi tekanan kepada Myanmar untuk menerima semula pelarian Rohingya, jelas Haque di bawah piagam ASEAN terdapat peruntukan yang menghalang mereka campur tangan urusan dalaman masing-masing.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top