Hafiz Hamidun bertunang

SHAH ALAM, 22 Mac – Penyanyi terkenal, Hafiz Hamidun, 33, selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ibu tunggal, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, sebentar tadi. Pada majlis yang berlangsung di sini itu, Hafiz turut mengumumkan, dia dan pasangannya bakal melangsungkan pernikahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 1...

Korea Selatan yakin rakyat Malaysia dibebaskan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Korea Selatan berkeyakinan penuh sembilan orang rakyat Malaysia yang dijadikan tebusan di Korea Utara akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat. Speaker Dewan Rakyat Korea Selatan, Chung Sye Kyun berkata, kerajaan Malaysia telah menjalankan tanggungjawab dengan adil dan munasabah dalam mengendalikan kes pembunuhan Kim Jong-nam. “Apa yang penting...

Hentikan khidmat botox tidak sah: KKM

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada salon kecantikan yang menyediakan rawatan suntikan botox atau yang bersifat estetik tanpa kebenaran supaya menghentikan kegiatan mereka. Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata perkhidmatan berkenaan boleh memudaratkan pengguna kerana salon berkenaan tidak layak melakukan prosedur kecantikan yang biasanya, dijalankan doktor dengan kepakaran diiktiraf...

157 RBN siap dibina

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Sebanyak 16 unit Rumah Bina Negara (RBN) RISDA dan 141 unit RBN FELCRA untuk belia luar bandar siap dibina di seluruh negara. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pihaknya turut meluluskan 158 daripada 1,626 permohonan RBN RISDA dan daripada jumlah berkenaan, 81...

Sektor pertahanan, keselamatan pastikan integriti negara: PM

LANGKAWI, 21 Mac – Malaysia akan terus memberikan penumpuan kepada sektor pertahanan dan keselamatan kerana ia penting untuk memastikan integriti wilayah serta keselamatan nasional negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata selain ancaman tradisional dan bukan tradisional yang dihadapi rantau ini, perkembangan dalam sektor pertahanan dan jangkaan peningkatan kos turut diambil kira sebagai...

Malaysia sertai mesyuarat cegah Daesh

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Malaysia akan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri Pakatan Global bersama 68 negara lain, bertujuan menangani penularan pengaruh Daesh di Washington, Amerika Syarikat (AS), Rabu ini. Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang mengetuai delegasi negara, dijadual berucap mengenai ancaman semasa Daesh dari perspektif...

Maritim Malaysia, APM siasat pegawai, anggota

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diarah memulakan siasatan terhadap pegawai dan anggota penguat kuasa masing-ma­sing bagi mengesan mereka yang bersekongkol dengan sindiket menyeludup masuk barang berduti tinggi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah tersebut bertujuan mengheret mereka yang...

Penjara khas untuk pesalah syariah

GOMBAK, 17 Mac – Penjara khusus untuk tahanan yang dibicarakan mengikut Mahkamah Syariah perlu diwujudkan bagi menjamin keberkesanan aspek pemulihan dan kebajikan banduan. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata kebanyakan kes pesalah syariah seperti zina, mengajar tanpa tauliah dan tiada kebenaran berpoligami, tidak membabitkan mangsa. “Kes seperti ini lebih...

Hala tuju ekonomi pada landasan betul

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Datuk Seri Najib Razak berkata, dasar kerajaan dalam menentukan hala tuju ekonomi negara kini berada pada landasan betul. Perdana Menteri berkata, hakikat itu dengan sendirinya menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya negara akan bankrap atau gagal, malah membuktikan ia adalah fitnah serta dan tuduhan berniat jahat. “Keteguhan ekonomi sesebuah negara...

Scroll to top