23 kesalahan jalan raya kena mata demerit

PUTRAJAYA, 6 April – Sebanyak 23 kesalahan jalan raya akan dimasukkan dalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) secara berperingkat menjelang akhir tahun ini di bawah sistem mata demerit. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron, berkata ia bermula dengan kesalahan memandu melebihi had laju dan pelanggaran lampu merah, yang akan dikuatkuasa...

KDN akan naik taraf myIMMs

SERDANG, 5 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bagi menaik taraf Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs). Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata sistem itu kini masih dalam penilaian kementeriannya. “Kita masih menilai SKIN dan sistem ini adalah penambahbaikan myIMMs dengan lebih menyeluruh dan holistik termasuk...

Akta 164: Kerajaan utama kepentingan negara

PUTRAJAYA, 4 April – Semua pihak perlu berlapang dada mengenai apa juga keputusan kerajaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan menghormati pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menggesa supaya pembentangan RUU itu ditangguhkan dan fatwa...

Kenal pasti punca sertai militan: Sultan Nazrin

IPOH, 4 April – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, punca rakyat terpengaruh dengan kegiatan militan harus dikenal pasti sebagai usaha menangani kegiatan keganasan dan pelampau. Baginda bertitah, ketika ini ada rakyat yang terpengaruh dengan fahaman melampau hingga ke peringkat bersedia menyertai kumpulan militan, sanggup meninggalkan tanah air, dan ada yang terkorban di negara orang....

Syarikat disaran perkenal dasar kepelbagaian – TPM

PUTRAJAYA, 3 April – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa dasar sedia ada boleh diubah suai bagi memberi impak lebih besar dalam memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara. Timbalan Perdana Menteri berkata ia termasuk cadangan supaya syarikat termasuk yang dimiliki bukan Bumiputera yang mendapat konsesi atau pembiayaan kerajaan memperkenalkan dasar kepelbagaian dalam...

24 April hari kelepasan am tambahan

KUALA LUMPUR, 3 April – Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369)...

Paywave tak boleh diklon

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Kad berteraskan teknologi transaksi tanpa sentuh, Paywave, tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, menolak dakwaan yang tersebar luas di laman sosial, kononnya kad menggunakan ciri Paywave mudah diklon, manakala maklumatnya dijual pihak ketiga. Katanya, industri perbankan antarabangsa...

TN50 terima 16,000 aspirasi anak muda

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menganalisis aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dikemukakan sama ada menerusi dialog rasmi anjuran kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau saluran secara dalam talian. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 16,000 as­pirasi daripada golongan belia direkodkan untuk menyediakan laporan bagi TN50 setakat ini. Menurutnya, pihaknya...

Kawalan keselamatan di Parlimen terjamin

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kawalan keselamatan di bangunan Parlimen terkawal. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PDRM mempunyai anggota mencukupi untuk menjaga keselamatan di Parlimen. “Tidak perlu tingkatkan (kawalan) kerana kita sudah ada cukup anggota menjaga keamanan dan keselamatan di bangunan Parlimen,” katanya kepada...

Scroll to top