Mohd Na’im Mokhtar KP Baharu Jabatan Kehakiman Syariah

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang baharu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Datuk  Dr Mohd Na’im sebelum ini menjawat jawatan ketua hakim syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan pengarah Bahagian...

Tiada Kesan Adib Ditarik Keluar Secara Paksa

SHAH ALAM, 26 Mac – Seorang pakar perubatan forensik berkata tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa daripada van bomba dinaikinya dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lepas. Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, dari Hospital Kuala Lumpur...

Lebih Banyak Pihak Diseru Adakan Program Perkasa Wanita

BANTING, 26 Mac – Lebih banyak pihak  termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), disaran tampil memperkasakan wanita menerusi pelbagai program, sebagai usaha membantu menjayakan agenda pembangunan wanita negara. Justeru, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata program berkaitan memperkasakan wanita itu juga perlu dibuat berterusan, supaya golongan terbabit tidak terpinggir sekali...

Wujudkan SOP Pencemaran Kimia Babitkan Sekolah

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi lain untuk mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung kesan pencemaran sisa kimia yang menjejaskan sekolah. Ketika menggulung usul menjunjung kasih terhadap titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat,  Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata pihak terbabit ialah Agensi Pengurusan Bencana Negara...

Pemindahan Pelarian Rohingya Tidak Tergesa-Gesa

DHAKA, 25 Mac – Kerajaan Bangladesh tidak tergesa-gesa untuk memindahkan pelarian ke pulau Bay Bengal selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencari maklumat lanjut tentang rancangan tersebut. Bangladesh merancang untuk memindahkan kira-kira 100,000 daripada hampir sejuta pelarian Rohingya yang berlindung di Cox’s Bazar ke pulau terpencil di Bhasan Char. Dalam pada itu Menteri Dalam Negara...

6 Cedera, Pejuang Palestin Bedil Wilayah Israel

MISHMERET, 25 Mac – Enam tercedera selepas sebuah pelancar roket jarak jauh yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza terkena sebuah kediaman di tengah Israel, kejadian pertama seumpamanya sejak perang Palestin 2014. Serangan awal pagi tadi ke atas Mishmeret, sebuah bandar pertanian di utara Tel Aviv, berlaku ketika pergolakan memuncak menjelang ulang tahun protes di sempadan...

Jawatankuasa Masjid Melaka Pertama Laksana IBR

MELAKA, 25 Mac – Lebih 500 ahli jawatankuasa masjid di Melaka berikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), sekali gus menjadi institusi ibadah negeri pertama melaksanakan inisiatif berkenaan. Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata inisiatif itu dilaksanakan berikutan ahli jawatankuasa masjid juga terbabit dengan beberapa isu termasuk kewangan dan pentadbiran. Beliau berkata demikian kepada media...

Jangan Pandang Mudah Ancaman Ekstremis

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Malaysia perlu mengambil iktibar kejadian serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand baru-bru ini dengan tidak memandang mudah sebarang ancaman keganasan terutama daripada anasir-anasir ekstrem. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pasukan ‘The Cops’ di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin...

Scroll to top