Pilihan Raya Umum India bermula 11 April

NEW DELHI 10 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya India mengumumkan pilihan raya umum negara demokrasi terbesar dunia itu akan diadakan selama enam minggu, bermula pada 11 April hingga 19 Mei ini. Lapor AFP, Perdana Menteri India, Narendra Modi dari Parti Bharatiya Janata akan bertanding untuk penggal kedua menentang anak bekas Perdana Menteri Rajiv Gandhi,...

19 Kakitangan PBB Antara Mangsa Nahas Ethiopian Airlines

NEW YORK (PBB), 10 Mac – Sekurang-kurangnya 19 kakitangan agensi bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disahkan antara mangsa nahas pesawat Ethiopian Airlines, berhampiran Addis Ababa. Perkara itu diumumkan oleh ketua agensi penghijrahan PBB. Terdahulu, pihak berkuasa berkata, kesemua 157 penumpang dan anak kapal pesawat Boeing 737 terkorban selepas berlepas dari Addis Ababa ketika dalam...

Wanita Berperanan Penting Sebagai Ahli Masyarakat

BANGI, 10 Mac – Golongan wanita di Malaysia memainkan peranan penting sebagai isteri, ibu dan ahli masyarakat, kata isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Sehubungan itu, beliau menasihatkan golongan wanita di Malaysia supaya menjaga diri masing-masing dengan baik terutamanya dari aspek kesihatan. Katanya selepas menyampaikan hadiah pada pertandingan akhir Kejohanan Badminton...

Kedah Perlu Pergiat Promosi Produk Pelancongan

SUNGAI PETANI, 10 Mac – Kerajaan negeri Kedah diminta mempergiatkan usaha mempromosi produk pelancongan di negeri ini khususnya berkaitan tamadun, seni dan budaya agar setanding dengan lokasi lain di dunia. Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin bertitah, daerah Kuala Muda misalnya mempunyai kesan dan tinggalan sejarah yang tidak terdapat di tempat lain seperti di...

Keputusan Sertai Statut Rom Tidak Jejas Kedudukan Agong

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Keputusan kerajaan menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dibuat setelah yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong. Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kajian secara mendalam dan teliti dari semua aspek telah dibuat sebelum keputusan untuk menyertai Statut Rom dilaksanakan. Kenyataan itu...

Bomba Terima 50 Aduan Pokok Tumbang Di Shah Alam

SHAH ALAM, 10 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor menerima 50 aduan berkaitan pokok tumbang di Shah Alam, susulan hujan lebat lebih sejam petang tadi. Antara kawasan terbabit termasuk di Seksyen 8 dan Seksyen 9 Shah Alam. Penolong Pengarah Bahagian Operasinya, Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya mengerahkan 20 pegawai dan...

Majlis Keselamatan Bincang Laporan Penggunaan Senjata Kimia Di Syria

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 7 Mac – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tertutup pada Rabu untuk membincangkan laporan terkini Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) mengenai penggunaan senjata kimia di Syria. Laporan oleh pemantau yang ditaja PBB itu berdasarkan penilaian Misi Pencarian Fakta (FFM) mendapati terdapat “alasan munasabah mengenai penggunaan bahan kimia toksik...

Presiden Korea Selatan Tekad Kukuhkan Kerjasama Dengan Asean

SEOUL, 7 Mac – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengulangi tekadnya untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ASEAN, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Beliau berkata Korea Selatan dan negara ASEAN akan terus memperluaskan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengangkutan, tenaga dan industri pertahanan. Katanya dalam artikel yang ditulis...

Remaja Palestin Maut Ditembak Zionis

GAZA CITY, 7 Mac – Seorang remaja Palestin terbunuh ditembak dalam pertempuran terbaru bersama rejim Zionis di sepanjang sempadan Gaza malam tadi. Jurucakap kementerian kesihatan Ashraf Al Qudra berkata, remaja berkenaan yang dikenali sebagai Saif Al Deen Abu Zeid, 15 meninggal dunia akibat kecederaan dialami di timur Gaza, beberapa jam lalu. Beliau mengesahkan bahawa...

KKM Sedia Timbang Cadangan Wajibkan Dua Daripada 12 Vaksin

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menimbang cadangan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) untuk mewajibkan sekurang-kurangnya dua daripada 12 vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan mewajibkan suntikan tersebut melibatkan vaksin MMR iaitu bagi campak, beguk dan rubella serta vaksin difteria yang akan dimuktamadkan dalam...

Scroll to top