PM doakan kejayaan calon UPSR

KUALA LUMPUR, 11 September – Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kejayaan semua murid tahun enam di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula siang ini. Doa itu disampaikan oleh Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau malam tadi. “Selamat maju jaya kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan #UPSR...

Malaysia Akan Laksana Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya – Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 8 September – Malaysia akan melaksanakan ‘Misi Kemanusiaan untuk Rohingya’, misi bantuan bersepadu bagi membekalkan keperluan serta bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata keputusan untuk menghantar misi kemanusiaan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Menurut kenyataan...

Kemarau Di Ethiopia, Pertubuhan Makanan PBB Gesa Lebih Banyak Sokongan

ADDIS ABABA, 5 September – Tiga pertubuhan makanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, menggesa masyarakat dunia memperkukuhkan campur tangan dalam masalah kebuluran yang melanda Ethiopia, lapor agensi berita Xinhua China. Gesaan itu disuarakan tiga ketua pertubuhan iaitu Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia David Beasley, Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Jose Graziano...

Khalid Dilantik Pengerusi Prasarana, Duta Khas

PUTRAJAYA, 5 September – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu. Dalam satu kenyataan, Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau...

Arab Saudi Lancar Platform Digital, Membolehkan Seluruh Dunia Mengikuti Perjalanan Ibadah Haji

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2017 — Kementerian Kebudayaan dan Maklumat (MOCI) Arab Saudi telah melancarkan dua platform digital yang membolehkan para jemaah di Mekah, termasuklah orang awam di seluruh dunia, pihak media tempatan dan antarabangsa untuk mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan terkini ibadah haji pada tahun ini. SaudiWelcomesTheWorld.org merupakan platform bagi menyampaikan mesej kasih...

Lantikan Semula Ketua Pengarah IKIM

KENYATAAN MEDIA 30 Ogos  2017 LANTIKAN SEMULA KETUA PENGARAH IKIM Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin, telah dilantik semula oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama dua (2) tahun mulai 1 September 2017 sehingga 31 Ogos 2019. Beliau telah memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada...

Jemaah Malaysia menuju Arafah esok

MEKAH 29 Ogos – Kesemua 30,200 jemaah haji Malaysia akan menyertai lebih dua juta umat Islam seluruh dunia bergerak ke Arafah esok bagi menghadapi kemuncak haji iaitu hari wukuf yang dijadualkan pada Khamis. Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah bersedia sepenuhnya...

Scroll to top