Australia Umum Buka Semula Kem Tahanan Pulau Christmas

SYDNEY, 13 Februari –

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison hari ini mengumumkan pembukaan semula sebuah pusat tahanan pelarian kontroversi pesisir pantai di Pulau Christmas, menggandakan dasar tegar negara itu terhadap kemasukan pendatang.

Morrison meluluskan pembukaan semula kemudahan terpencil itu, ditutup hanya beberapa bulan lalu, mendakwa undang-undang baharu diluluskan Parlimen akan menambah jumlah pelarian yang cuba sampai ke Australia secara haram.

Pada semalam dan hari ini, Parlimen menepis amaran kerajaan dan menerima rang undang-undang membuka pintu untuk kira-kira 1,000 pelarian ditahan dalam pusat tahanan pesisir pantai di Nauru dan Pulau Manus, Papua New Guinea, ke Australia untuk rawatan perubatan jika pemindahan itu diminta dua atau lebih doktor.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top