Aset Yang Dipindahkan Dari TH Ke SPV Tidak Dicairkan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam bahawa Aset bernilai RM19.9 bilion yang dipindahkan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) tidak dicairkan.

Mengulas lanjut  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata SPV berperanan untuk menjalankan proses rehabilitasi kesemua aset tersebut melalui strategi pengudangan (warehousing) dan penstrukturan semula.

Beliau menjawab soalan Awang Hashim (PAS-Pendang) mengenai sama ada aset anak syarikat TH telah dicairkan melalui SPV yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top