AS Didakwa Cuba Sekat Dana Palestin

RAMALLAH, 12 Februari – Amerika Syarikat (AS) didakwa memberi tekanan kepada bank supaya berhenti berurusan dengan kerajaan Palestin, bagaimanapun Washington menafikan tuduhan itu.

Beberapa pegawai Palestin menuduh AS cuba memaksa bank supaya tidak berurusan dalam transaksi yang mempunyai kaitan dengan pihak berkuasa Palestin (PA), ia menyebabkan fungsi kerajaan pemerintahan sendiri di Tebing Barat terjejas.

Pada Ahad lalu, pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh mendakwa Washington melancarkan ‘serangan kewangan’ terhadap pihak berkuasa Palestin.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top